Sunday, March 27, 2011

[Aku Orang Halus 19]

Hey mari sini,
duduk dekat aku,
aku mahu cerita sesuatu,

4 tahun lalu,
aku pernah jatuh cinta,
dengan seseorang,
aku buta,
aku bahagia,
aku berada di awangan,
kaki tidak jejak tanah,

sampai lah aku tahu dia tipu aku,
curang di belakang aku,
dengan kawan aku juga masa itu,
aku menangis bagai orang gila,
di tepi pondok telefon,
air mata lelaki aku jatuh
ke bumi untuk pertama kali,

2 tahun kemudian,
aku berjaya lupakan si dia,
aku bakar semua memori aku dan dia,

sepanjang itu,
aku tidak lagi percaya cinta,
ye ada masa aku tersuka 
seorang dua,
tapi mereka semua sama,
bukan rasa bahagia
tapi rasa loser,

sehingga la aku jumpa kau,
bukan secara sengaja,
aku cuba untuk buat2 biasa,
tapi akhirnya num handphone kau aku minta,
aku jadi berani,
apa orang kata aku tak ambil peduli,
yang penting diri kau aku mahu kenali,

Aku hanya mahu kau tahu,
2 tahun aku tunggu kau,
lepas kau tinggalkan aku,
kerana kawan-kawan kau,

tapi masih ingat hujung tahun lepas?
bulan november?
bila kau cari aku?
dan mahu aku?
semua janji2 kau pada aku?
mana pergi semua itu?
sekarang,
kau buat apa yang kau buat padaku setahun lepas,
kau pentingkan kawan2 kau,

Hati aku kau bawa pergi,
hati aku kau bawa lari,
bila aku minta pulang,
aku kau caci,
kata aku dengki,

Aku nekad,
ini untuk yang terakhir kali,
kau buat aku begini,
selepas ini jika kau masih mahu aku,
aku mahu kau sembah bumi,
aku mahu kau kutip saki baki
hati aku yang kau pijak sampai 
pecah,

p.s. Aku tak pernah rasa sebodoh ini.



2 comments: