Sunday, September 2, 2012

[18] Orchestra Cinta Sang Pari-Pari Kayangan.

[Petikan mellow gitar sebagai pembukaan, mungkin bunyi vokal gemersik seorang wanita bersuara alto sayup kedengaran ala pianissimo]

Kisahkan aku pada cerita Sang Pari-pari Kayangan yang turun demi untuk berkongsi perasaan cinta yang membuak-buak dalam dirinya, Pada manusia yang hatinya sudah hitam, Dari hari ke hari makin gelap, 
Terisi dengan perasan -
benci,
iri, 
cemburu, 
khianat, 
Penuh dengan kepura-puraan, hipokrasi dan materialistik

[Perlahan-lahan gesekan cello masuk mengiringi bunyi gitar dan suara vokal alto yang masih lagi dalam pianissimo]

Sang Pari-pari yang suci hatinya mahu memutihi segala kehitaman, dan mahu mencerahi segala kegelapan. Kerana Sang Pari-pari tidak mampu melihat kebinatangan manusia, yang padanya masih bisa untuk diselamatkan,

Dengan cinta yang ada pada hatinya,
Dengan sayang yang ada pada tangan kanannya,
Dan dengan kasih pada tangan kirinya,

[BEAT. Hanya bunyi suara vokal alto si gadis, kali ini dengan dinamik yang lain, dari pianissimo, tukar ke piano. Musik kembali bergema]

Mahu dia melihat umat manusia berbahagia dikalangan mereka tanpa ada cacat cela,
Tanpa ada tamak haloba,
Tanpa ada adu domba,
Tanpa ada iri hati,
Tanpa ada negativiti,

[Gitar dibunyikan dengan not2 suspense. Begitu juga cello. Vokal wanita alto bertukar dari piano ke staccato. Di iringi bunyi drum satu persatu]

Jadi kisahkan juga pada aku tentang cerita Sang Pari-pari Kayangan yang turun untuk berkongsi perasaan cinta yang membuka-buak dalam dirinya. Kisahkan bagaimana rakus sang manusia menelan Pari-pari Kayangan bagi kepuasan mereka. Bagaimana Sang Pari-pari tersungkur di medan yang ia cipta untuk mereka. Bagaimana Sang Pari-pari melihat impiannya di pijak dan di makan tanpa rasa belas. Bagaimana Sang Pari-pari menghembus nafasnya mengorban diri untuk manusia durjana ibarat serigala yang laparkan jiwa. 

[Vokal wanita alto dinamik forte, ikut bunyi musik. Musik suspense bertukar perlahan-lahan menjadi mellow. Rujukan: Sigur Ros]

[Vokal wanita alto surut, bunyi gitar dan drum perlahan. Hanya bunyi geseken cello yang kedengaran kuat. Irama masih lagi mellow]

Wahai Pari-pari Kayangan, 
Manusia ini tidak pernah kenal erti cukup, 
Makin kau suap makin ia lapar, 
Manusia ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi, 

[Vokal wanita alto menggila. BEAT. Musik perlahan-lahan masuk mengiringi gesekan cello dan vokal wanita alto] 

Malam ini Sang Pari-pari, 
Kepergianmu akan aku tangisi dan ratapi,
Agar air mataku ini bisa jadi sisa terakhir impianmu,
Biar ia jadi harapan terakhirmu, 

Sang Pari-pari Kayangan,
Tidurlah kau disitu,
Amanlah kau disitu, 
Harapanmu akan ku genggam dan biar ia sebati dalam dirimu,
Pesan terakhirmu akan menjadi buku hidupku, 

"Cinta itu perasan yang amat indah sekali, manusia-manusia durjana ini yang biar ia di kotori" 

[Musik perlahan-lahan surut] 

p.s. Aku punya impian untuk persembahkan ini di hadapan sekumpulan manusia durjana. Sama seperti apa yang di wasiatkan oleh Sang Pari-pari.