Mari sini,
dekat dengan aku,
jangan lupa tutup lampu,
Mari sini,
dekat dengan aku,
tutup mata kamu,
tarik nafas dalam-dalam,
dengar betul-betul,
ada kau dengar sesuatu?
ada kau dengar benda pecah?
ada kau dengar benda retak?
bukan cermin tingkap,
bukan juga cawan di dapur,
dengar betul-betul,
Ye sayang,
itu bunyi hati aku,
cepisan hati aku yang kau retakkan,
yang semalam aku cuba letak gam,
biar jadi satu kembali,
tapi malam ini kau retakkan ia kembali,
kau pecahkan ia kembali,
mana hati kau?
sering buat aku begini?
p.s. Baru sahaja aku gembira seperti dunia aku punya semalam,
No comments:
Post a Comment