Tuesday, March 15, 2011

[Aku Orang Halus 6]

Kasih,
mengapa begini harus berakhir? 
mengapa begini jadinya takdir? 


Kasih,
Aku sedih,
Rasa ini tidak tertanggung,
terlalu besar beban untuk aku tanggung,


Kasih,
Aku tidak mahu ini berlaku,
Jangan tinggalkan aku,


Kasih,
Cerita kita baru bermula,
Mengapa harus terhenti ia?


Kasih,
Katakan kau cinta aku,
Buktikan kau sayang aku,


Kasih,
Jangan kau bagi aku peluang untuk lari,
Jangan kau bagi aku alasan untuk pergi,


Kasih,
Peluk aku,
Cium aku,
Aku hanya mahu kamu,
Rasa ini terlalu abstrak,
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata,


Kasih,
Aku hanya mahu kamu,
Percayalah,
jadi kejarlah aku,
jadikan aku milikmu,
aku sudah penat berjuang,
aku sudah penat mengharap,
Kalau kau tidak mahu aku,
abaikan,
Aku bahagia melihat kamu bahagia,
Aku sudah biasa dengan semua ini,
Kau terlalu sempurna untuk aku berada di sisi,
Jika ini ucapan selamat tinggal,
aku bahagia di beri peluang berkongsi hati,


Kasih,
dengarlah rintihan ini,
cepatlah kau sedar hanya kau aku ingini.


p.s. Arguments and misunderstandings, where do they lead us to?

No comments:

Post a Comment