Friday, November 4, 2011

Metafora Cinta

Biar cinta berkata-kata,
biar ia luahkan segala,
semua yang tersirat,
semua yang tersurat

Biar cinta bergerak bebas,
biar cinta buat kau lemas,
biar cinta buktikan
mereka semua salah!
biar cinta buktikan
mereka semua sampah!

Biar cinta berbisik ke telinga
biar kau rasa betapa nikmatnya,
biar mereka cemburu
akan engkau dan aku,
biar mereka makan hati
melihat kebahagian yang kita kecapi,

Biar cinta mengusap dahi,
biar cinta cium di pipi,
biar cinta pegang hati,
biar cinta usap lembut
dahi, pipi and hati,

Biar cinta memelukmu,
biarkan ia meraba-raba,
biarkan cinta
jika ia mahu merasa semua,

Hey bodoh,
sebelum kau biarkan cinta berkata-kata,
sebelum kau biarkan ia merasuk ke dalam jiwa,
sebelum kau biarkan ia meronta meminta-minta,
mari sini dengar dulu
apa mahu aku!

Aku mahu kau tenung cinta itu,
dalam-dalam,
tajam-tajam,
bukannya apa,
pastikan dulu ianya betul betul cinta,
bukanya nafsu semata-mata,

Ya ini sindiran untuk kamu semua,
yang di tipu nafsu buta buta,
kononya cinta yang di rasa
rupanya nafsu yang selama ini di noda.

p.s. Jangan nak terasa sangat lah, aku tulis berdasarkan pengalaman. 

No comments:

Post a Comment