Friday, February 17, 2012

The Lost Word I12I

Hati rasa sesuatu
Bilamana dalam gelap
Engkau datang
Menyeru,

Seruanmu aku sahut,

Walau betapa sakit,
Walau betapa perit,

Luka lama masih dalam
Luka lama masih terpendam
Manakan bisa aku lupa
apa yang terjadi-
antara kita,
pada kita,
Juga apa yang kau buat
pada aku

Kita pernah bersama
merasai kemanisan bercinta
Kita juga pernah bahagia
atau
Mungkin itu hanya perasaan aku saja?

Tapi aku peduli apa,
Asalkan kita pernah bahagia bersama

Tapi sayang, apa kau buat
aku tidak bisa lupa
Kau tinggal aku merana,
Kau buat aku gila,
Kau pergi tanpa apa-apa
alasan,
Aku pula makin terkesan

Aku cuba untuk lupa
Bait-bait hidup yang kita
pernah kongsi bersama,

Cuba untuk membuang jauh segala rasa
Tapi hanya sia-sia
Bagai membuang masa

Tapi,

Aku tekad mahu menjaga
hati aku yang hampir binasa
remuk,
hancur,
tiada makna

No comments:

Post a Comment