"Kiranya aku mahu tanya, mahu kau jawab?"
"Bergantung kepada persoalan dan pertanyaan"
"Dan sekiranya aku ajukan persoalan, bisa kau jawab dengan jujur?"
"Itu juga bergantung kepada apa yang di tanyakan dan di soalkan"
"Bisa kau janji akan jujur?"
"Sayang, aku bisa jujur, tetapi bergantung kepada soalanmu. Jadi utarakan dulu, baru aku bisa tahu"
"Aku masih cinta kamu.Aku masih sayang kamu. Kamu tahu bukan?"
"Itu bukan persoalan mahu pertanyaan. Itu pernyataan yang jujur dari kamu. Jadi aku tidak tahu jawapannya apa. Maafkan aku"
"Tapi kamu tahu bukan akan kebenaran pernyataan aku itu?"
"Ya aku tahu. Aku mengerti. Aku rasa bertuah lagi. Kau terlalu baik sayang. Terlalu bijak bermain sama kata-kata. Terlalu manis akan ucapan yang kau tuturkan"
"Jadi?"
"Jadi?"
"Itu sahaja yang boleh kau ucapkan? Itu sahaja yang mampu kau reaksikan?"
"Habis apa lagi yang kau mahu sayang?"
p.s. "Aku hanya mahu kamu untuk aku seorang. Tidak mahu berkongsi. Aku tidak mampu menipu diri"
No comments:
Post a Comment