Friday, April 29, 2011

Dear Sayang

I will always remember the way you hold my hands,
I will always remember the way you laugh,
I will always remember the way you walk,
I will always remember the way you flirt,
I will always remember the way you kiss me,
I will always remember the way you call me your sayang and baby,
I will always remember the way you blink your eyes,
I will always remember the way you secretively hold my hands in public,
I will always remember the way you comfort me,
I will always remember,
should our story ends here.



Ryry and Riri 

p.s. This broken heart of mine here is meant for you.

Saturday, April 23, 2011

[Aku Orang Halus 24]

Mahu tahu apa aku rasa 
bila kau membahasakan aku dengan hanya nama?
Aku rasa sangat kecewa
mana pergi kasih sayang kita
yang dulu kau berusaha untuk jaga.


p.s. Aku sedih. 

Saturday, April 16, 2011

[Aku Orang Halus 23]

Sayang,
apa lagi mahu kamu?
cakap pada aku
biar puas hati kamu


Mengapa ini yang terjadi?
mengapa layanan seperti ini
yang kau beri?


Apa salah aku 
pada kamu?
sehingga sebegitu
diri ini kamu benci


Pintaku hanya satu
mari hidupkan 
memori-memori lama
saat kita menjadi satu
tiada kamu mahupun aku
yang ada hanya kita


Sayang mana pergi semua janjimu?
mana pergi kata-kata
yang kamu masih perlu aku?


p.s. Berhenti bersikap begini, aku mati.

Sunday, April 10, 2011

[Aku Orang Halus 22]

Apa dah jadi dengan kita?
mana hilang sparks dan cahaya?
kita bercakap juga bertemu
tapi dua2 tidak selesa
jangan pura2 atau tipu,
aku tahu.

Wednesday, April 6, 2011

[Aku Orang Halus 21]

Katakan saja,
bukannya susah ia,
katakan kau tak mahu aku,
jangan buat aku tunggu,


Katakan saja,
usah bagi alasan,
katakan bukan aku yang kau sayang,
jangan buat aku perasan


Katakan saja,
senang cerita,
aku suka
kau juga bahagia


p.s. alasan2 kau yang langsung tidak masuk akal. Kau ingat aku bodoh?

Sunday, April 3, 2011

[Aku Orang Halus 20]

Perkataan sayang itu
untuk kau luahkan
sangat susah,


Bagai emas,
jika kau luah
harus semua datang tadah


Bagai oksigen
jika kau lepas
harus engkau mati lemas


Begitu suci
kerna kau 
sangat berhati-hati


Begitu penting
jika tiada
keadaan jadi hening


Aku bukan minta
untuk kau ucap selalu
cukuplah sesekali
biar aku tahu
betapa berharga diri ini.


p.s. Aku sayang kau, mengapa susah mahu kau faham?