Sunday, April 3, 2011

[Aku Orang Halus 20]

Perkataan sayang itu
untuk kau luahkan
sangat susah,


Bagai emas,
jika kau luah
harus semua datang tadah


Bagai oksigen
jika kau lepas
harus engkau mati lemas


Begitu suci
kerna kau 
sangat berhati-hati


Begitu penting
jika tiada
keadaan jadi hening


Aku bukan minta
untuk kau ucap selalu
cukuplah sesekali
biar aku tahu
betapa berharga diri ini.


p.s. Aku sayang kau, mengapa susah mahu kau faham?

No comments:

Post a Comment