Saturday, April 16, 2011

[Aku Orang Halus 23]

Sayang,
apa lagi mahu kamu?
cakap pada aku
biar puas hati kamu


Mengapa ini yang terjadi?
mengapa layanan seperti ini
yang kau beri?


Apa salah aku 
pada kamu?
sehingga sebegitu
diri ini kamu benci


Pintaku hanya satu
mari hidupkan 
memori-memori lama
saat kita menjadi satu
tiada kamu mahupun aku
yang ada hanya kita


Sayang mana pergi semua janjimu?
mana pergi kata-kata
yang kamu masih perlu aku?


p.s. Berhenti bersikap begini, aku mati.

No comments:

Post a Comment