Saturday, October 27, 2012

[21] Satu Kotak Hitam

Kotak rahsia hitam yang dia simpan lama
perlahan-lahan dia buka

Ada satu objek merah dipenuhi
lumuran darah

Dia ambil 
dan tatang
perlahan-lahan

Dengan penuh kasih sayang
dan hati-hati 

Objek itu berupa organ hatinya 
yang berdegup kencang
berselimutkan jari-jarinya

Kencang degupannya
bak nadi normal

Tapi sayang,
Ia tidak punya apa-apa perasaan

Kembali dia letak objek itu
dalam kotak rahsia hitam,
untuk dia simpan. 

p.s. Apa guna punya hati tapi tidak mampu beremosi? 

2 comments:

  1. sib baek bukan hati lembu korban... selamat hari raya ek

    ReplyDelete
  2. hahahaha selamat Hari raya korban jugak Shin :)

    ReplyDelete