Monday, August 27, 2012

The Lost Words I17I

If you would just say 

"yes I know that you like me,
thank you, 
I like you too" 

Gila aku pada kau ini akan 
terubat dengan sendirinya,

Sungguh. 

p.s. Jangan bagi aku alasan untuk menyerah kalah. Aku masih belum melangkah ke medan perang. Segala pedang sudah aku asah tajam, segala busur sudah sedia untuk bidik sasaran. Semua hanya untuk bawa kau pulang Sayang. 

Saturday, August 11, 2012

[16] Neon.

Aku lihat kau sedang duduk membisu pada satu bangku yang ada di taman. Cahaya neon yang menyinari bangku serta sebahagian taman permainan itu memberikan satu momen romantis persis cerita romantik dalam filem, yang mungkin juga boleh bertukar genre kepada thriller secara tiba-tiba. Bertemankan pekat malam yang sunyi sepi kau duduk dibangku itu memandang ke langit. Sepi yang kadang-kadang mampu untuk membunuh sesiapa sahaja. Hanya dengan tidak berbuat apa-apa. Aku tahu kau sedang bersedih teringatkan dia.

Aku tahu.

Aku mahu saja pergi menemani kau duduk dibangku tanpa berbuat apa-apa. Hanya sekadar peneman bila kau tiba-tiba mahu berbicara, supaya aku dengan senang hati dapat mengucapkan pepatah ini,


Ye, aku ada disini. Untuk kau. Untuk waktu sekarang dan masa depan.

Perlahan-lahan aku mendekati kau. Benakku ligat berputar mencari topik-topik menarik yang bisa aku jadikan sebagai topik perbualan kita nanti agar rasa canggung dan awkward akan lesap terus dari diri aku. Ah persetankan topik perbualan, aku hanya mahu berada disisi kau. Menemani kau mendongak langit mengira bintang-bintang yang berkelip samar.

Hai you. Can I sit here?

Aku memang tidak boleh duduk dekat dengan kau. Memang tidak boleh! Segala urat, otot, denyutan nadi seakan bertukar menjadi gila serta-merta. Jantung dan nadi berlumba untuk sampai ke garisan penamat. Peluh-peluh kecil muncul di dahi dan berkumpul di ketiak. Perkara biasa. Nervous dan gugup bila berada bersama kau adalah perkara normal dan mungkin boleh digambarkan dengan satu situasi di mana kau berdiri dihadapan lautan manusia sambil memegang obor olimpik yang seakan-akan mahu mati ditiup angin; atau mungkin juga perasaan bila kau mahu melakukan terjunan bungee dan terjunan parachute pada ketinggian yang melampaui akal kau.

I suka you. I like you so much.

Pertama kali aku terkilas akan kau pada waktu semester yang baru sahaja bermula, aku tahu kau punya sesuatu yang istimewa. Tetapi aku cuba untuk tidak hiraukan perasaan aku pada masa itu kerana aku sendiri sedang dalam emosi yang tidak stabil. Terperangkap dan tergantung dalam komplikasi hubungan yang tidak pernah selesai. Aku selalu memerhati kau dari jauh dan tatkala aku terlihat kerenah kau, aku pasti tersenyum gila.

Ah this is just a mere crush. Nothing serious.

Selang beberapa tahun kemudian, I found myself falling deeper into the pit of affectionate love with you. Ini bukan sekadar crush. Crush tak akan mampu bertahan selama ini. Perasaan ini hidup dalam aku,semakin hari semakin subur, tidak mungkin pernah padam. Aku suka kau. Ini serious. Tapi aku masih tidak mampu menyeru kekuatan untuk melafazkan perkataan itu. Perkataan itu boleh jadi magis, juga boleh bawa sial pada masa yang sama.

Aku takut.

Perlahan-lahan aku duduk bersahaja di tepi kau. Kau senyum. Aku senyum kembali. Sepi seakan-akan sengaja mahu bergurau pada malam itu. Tiada sekelumit bunyi kedengaran kecuali bisikan angin yang singgah di dahan pokok serta laungan octave si penghisap darah yang berlegar di telinga. Pure annoyance.

You, I like you. Very much. No kidding.

Usai itu kau bingkas bangun dan mengucup aku di dahi. Tiada sebutir kata yang terpacul dari bibir kau. Adakah ini satu lagi komplikasi? Sialan, aku bikin malu diri sendiri lagi. Aku mahu faham yang kau belum boleh melupakan yang sebelum ini. Juga betapa sayangnya kau pada dia. Tapi aku juga tak mampu untuk melontar perasaan ini jauh ke dasar hati. Perasaan bukan boleh di pendam, nanti tak pasal-pasal aku meroyan seorang diri. Komplikasi sebegini memang jarang ada solusi. Jarang sekali.

I know. Thank you. Tunggu I boleh?

Dan kau berlalu pergi meninggalkan aku sendiri bertempur sama hati dan perasaan. Langsung kedengaran runut bunyi lagu The Man Who Can’t be Moved by The Script.

Celaka apa perasaan ini?


p.s. Kerana kerja aku hanya menunggu bahagia tiba. 

Tuesday, August 7, 2012

The Lost Word I15I


Ke hadapan bintang jatuh,

Kau tinggi di langit,
Bersinar di malam gelap,
Ku rebah di bumi,
Tersungkur di palu angin,

Kita berdua berbeza,
Kita berdua sama,

Kau jauh di sana,
Bergembira,
Aku menanti di sini,
Tersenyum sendiri,

Aku pernah cuba untuk pergi,
Mengundur diri,
Tapi tidak sanggup diri ini,
Bersendiri lagi,
Biarkan aku bahagia,
Walaupun hanya sekadar mimpi,

Kita tak mungkin bersama,
Kita tak mungkin bersatu,
Tapi aku berpegang kepada satu,
Kemungkinan itu,
Akan ku tunggumu,

Kehadapan bintang jatuh,
Hanya satu pintaku,
Jatuhlah wahai bintang,
Jatuh ke ribaku,
Sinari malamku,

Realitikan mimpiku

 p.s. Repost. Entiti berbeza tapi rasa yang sama. Yang tidak pernah mati. Rasa cinta.