Bilamana setiap kali
kau bertempur melawan hati,
Tak mungkin kau akan pernah menang,
Tak kira sedalam manapun pengalaman,
Tak kira sekuat manapun pendirian,
Tak kira sekukuh manapun perasaan,
Tak mungkin kau akan pernah menang
Kerna hati,
Bila ia mulai suka sama satu entiti,
Sepantas kerlipan mata,
Segampang petikan jari,
Bila ia sudah kata suka,
Susah mahu kau tolak perasaan itu ketepi,
Bertindak rasional?
Payah amat
Berfikir dengan bijak?
Susah sangat
Kerana hati hanya mampu merasa,
bukan persis otak yang mampu berfikir
Jadi bila hati sudah cakap suka,
Kau redhakan saja perasannya.
p.s. PJLA, Kelas Muzik.
p.s.s. The one who rhymes with you, I really really like you.