Kotak rahsia hitam yang dia simpan lama
perlahan-lahan dia buka
Ada satu objek merah dipenuhi
lumuran darah
Dia ambil
dan tatang
perlahan-lahan
Dengan penuh kasih sayang
dan hati-hati
Objek itu berupa organ hatinya
yang berdegup kencang
berselimutkan jari-jarinya
Kencang degupannya
bak nadi normal
Tapi sayang,
Ia tidak punya apa-apa perasaan
Kembali dia letak objek itu
dalam kotak rahsia hitam,
untuk dia simpan.
p.s. Apa guna punya hati tapi tidak mampu beremosi?
Saturday, October 27, 2012
[20] Shut your mind. Listen to me.
Once, not a long time ago, I experienced the most aching pain that nailed me to the ground. It seems a bit crass that this is perhaps the most aching pain yet it inflicts no physical hazard to its victim. It strikes at the core of the human body;
Heart.
Heartache.
I am certain that most people experience that once or twice in their life. Or perhaps a couple of heartbreaks -depending on the capability of your brain and your ability to distinguish love related issues- along the way of finding the purpose of one's life and most importantly the person you are destined to be with.
Heartbreak's a bitch. It gives you a stinging heartache, the agonizing pain as if, as cliche as it sounds, your heart's been ripped off of you body. As if you receive multiple jabs to your heart and you can't help but to comply in a docile way as if you are drugged yet you can feel the agonizing pain.
Heartbreak is subjective.
And I shall leave you here to ponder on that.
p.s. Different people, different heart, different story.
Heartbreak is subjective.
And I shall leave you here to ponder on that.
p.s. Different people, different heart, different story.
Saturday, October 6, 2012
[19] Secebis Nota untuk Tuhan
Hi,
Aku tahu aku kecil ya Allah,
Aku tahu aku milik kau ya Allah,
Aku tahu,
Tolong aku ya Allah,
Aku malu,
Aku segan dengan kau,
Nota ini salah satu alternatif untuk aku memberitahu kau,
Nota kecil yang aku karang dengan penuh harapan dan perasaan,
Kerna sememangnya aku malu dan segan
untuk bangun mengangkat,
menadah tangan.
p.s. Aku segan padamu. Banyak yang mahu aku cerita dan kongsikan.

Sunday, September 2, 2012
[18] Orchestra Cinta Sang Pari-Pari Kayangan.
[Petikan mellow gitar sebagai pembukaan, mungkin bunyi vokal gemersik seorang wanita bersuara alto sayup kedengaran ala pianissimo]
Kisahkan aku pada cerita Sang Pari-pari Kayangan yang turun demi untuk berkongsi perasaan cinta yang membuak-buak dalam dirinya, Pada manusia yang hatinya sudah hitam, Dari hari ke hari makin gelap,
Terisi dengan perasan -
benci,
iri,
cemburu,
khianat,
Penuh dengan kepura-puraan, hipokrasi dan materialistik
[Perlahan-lahan gesekan cello masuk mengiringi bunyi gitar dan suara vokal alto yang masih lagi dalam pianissimo]
Sang Pari-pari yang suci hatinya mahu memutihi segala kehitaman, dan mahu mencerahi segala kegelapan. Kerana Sang Pari-pari tidak mampu melihat kebinatangan manusia, yang padanya masih bisa untuk diselamatkan,
Dengan cinta yang ada pada hatinya,
Dengan sayang yang ada pada tangan kanannya,
Dan dengan kasih pada tangan kirinya,
[BEAT. Hanya bunyi suara vokal alto si gadis, kali ini dengan dinamik yang lain, dari pianissimo, tukar ke piano. Musik kembali bergema]
Mahu dia melihat umat manusia berbahagia dikalangan mereka tanpa ada cacat cela,
Tanpa ada tamak haloba,
Tanpa ada adu domba,
Tanpa ada iri hati,
Tanpa ada negativiti,
[Gitar dibunyikan dengan not2 suspense. Begitu juga cello. Vokal wanita alto bertukar dari piano ke staccato. Di iringi bunyi drum satu persatu]
Jadi kisahkan juga pada aku tentang cerita Sang Pari-pari Kayangan yang turun untuk berkongsi perasaan cinta yang membuka-buak dalam dirinya. Kisahkan bagaimana rakus sang manusia menelan Pari-pari Kayangan bagi kepuasan mereka. Bagaimana Sang Pari-pari tersungkur di medan yang ia cipta untuk mereka. Bagaimana Sang Pari-pari melihat impiannya di pijak dan di makan tanpa rasa belas. Bagaimana Sang Pari-pari menghembus nafasnya mengorban diri untuk manusia durjana ibarat serigala yang laparkan jiwa.
[Vokal wanita alto dinamik forte, ikut bunyi musik. Musik suspense bertukar perlahan-lahan menjadi mellow. Rujukan: Sigur Ros]
[Vokal wanita alto surut, bunyi gitar dan drum perlahan. Hanya bunyi geseken cello yang kedengaran kuat. Irama masih lagi mellow]
Wahai Pari-pari Kayangan,
Manusia ini tidak pernah kenal erti cukup,
Makin kau suap makin ia lapar,
Manusia ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi,
[Vokal wanita alto menggila. BEAT. Musik perlahan-lahan masuk mengiringi gesekan cello dan vokal wanita alto]
Malam ini Sang Pari-pari,
Kepergianmu akan aku tangisi dan ratapi,
Agar air mataku ini bisa jadi sisa terakhir impianmu,
Biar ia jadi harapan terakhirmu,
Sang Pari-pari Kayangan,
Tidurlah kau disitu,
Amanlah kau disitu,
Harapanmu akan ku genggam dan biar ia sebati dalam dirimu,
Pesan terakhirmu akan menjadi buku hidupku,
"Cinta itu perasan yang amat indah sekali, manusia-manusia durjana ini yang biar ia di kotori"
[Musik perlahan-lahan surut]
p.s. Aku punya impian untuk persembahkan ini di hadapan sekumpulan manusia durjana. Sama seperti apa yang di wasiatkan oleh Sang Pari-pari.
Monday, August 27, 2012
The Lost Words I17I
If you would just say
"yes I know that you like me,
thank you,
I like you too"
Gila aku pada kau ini akan
terubat dengan sendirinya,
Sungguh.
p.s. Jangan bagi aku alasan untuk menyerah kalah. Aku masih belum melangkah ke medan perang. Segala pedang sudah aku asah tajam, segala busur sudah sedia untuk bidik sasaran. Semua hanya untuk bawa kau pulang Sayang.
Saturday, August 11, 2012
[16] Neon.
Aku lihat kau
sedang duduk membisu pada satu bangku yang ada di taman. Cahaya neon yang
menyinari bangku serta sebahagian taman permainan itu memberikan satu momen
romantis persis cerita romantik dalam filem, yang mungkin juga boleh bertukar
genre kepada thriller secara tiba-tiba. Bertemankan pekat malam yang sunyi sepi
kau duduk dibangku itu memandang ke langit. Sepi yang kadang-kadang mampu untuk
membunuh sesiapa sahaja. Hanya dengan tidak berbuat apa-apa. Aku tahu kau
sedang bersedih teringatkan dia.
Aku tahu.
Aku mahu saja pergi menemani kau duduk dibangku tanpa berbuat apa-apa. Hanya sekadar peneman bila kau tiba-tiba mahu berbicara, supaya aku dengan senang hati dapat mengucapkan pepatah ini,
Hai you. Can I sit here?
Aku memang tidak boleh duduk dekat dengan kau. Memang tidak boleh! Segala urat, otot, denyutan nadi seakan bertukar menjadi gila serta-merta. Jantung dan nadi berlumba untuk sampai ke garisan penamat. Peluh-peluh kecil muncul di dahi dan berkumpul di ketiak. Perkara biasa. Nervous dan gugup bila berada bersama kau adalah perkara normal dan mungkin boleh digambarkan dengan satu situasi di mana kau berdiri dihadapan lautan manusia sambil memegang obor olimpik yang seakan-akan mahu mati ditiup angin; atau mungkin juga perasaan bila kau mahu melakukan terjunan bungee dan terjunan parachute pada ketinggian yang melampaui akal kau.
I suka you. I like you so much.
Pertama kali aku terkilas akan kau pada waktu semester yang baru sahaja bermula, aku tahu kau punya sesuatu yang istimewa. Tetapi aku cuba untuk tidak hiraukan perasaan aku pada masa itu kerana aku sendiri sedang dalam emosi yang tidak stabil. Terperangkap dan tergantung dalam komplikasi hubungan yang tidak pernah selesai. Aku selalu memerhati kau dari jauh dan tatkala aku terlihat kerenah kau, aku pasti tersenyum gila.
Ah this is just a mere crush. Nothing serious.
Selang beberapa tahun kemudian, I found myself falling deeper into the pit of affectionate love with you. Ini bukan sekadar crush. Crush tak akan mampu bertahan selama ini. Perasaan ini hidup dalam aku,semakin hari semakin subur, tidak mungkin pernah padam. Aku suka kau. Ini serious. Tapi aku masih tidak mampu menyeru kekuatan untuk melafazkan perkataan itu. Perkataan itu boleh jadi magis, juga boleh bawa sial pada masa yang sama.
Aku takut.
Perlahan-lahan aku duduk bersahaja di tepi kau. Kau senyum. Aku senyum kembali. Sepi seakan-akan sengaja mahu bergurau pada malam itu. Tiada sekelumit bunyi kedengaran kecuali bisikan angin yang singgah di dahan pokok serta laungan octave si penghisap darah yang berlegar di telinga. Pure annoyance.
You, I like you. Very much. No kidding.
Usai itu kau bingkas bangun dan mengucup aku di dahi. Tiada sebutir kata yang terpacul dari bibir kau. Adakah ini satu lagi komplikasi? Sialan, aku bikin malu diri sendiri lagi. Aku mahu faham yang kau belum boleh melupakan yang sebelum ini. Juga betapa sayangnya kau pada dia. Tapi aku juga tak mampu untuk melontar perasaan ini jauh ke dasar hati. Perasaan bukan boleh di pendam, nanti tak pasal-pasal aku meroyan seorang diri. Komplikasi sebegini memang jarang ada solusi. Jarang sekali.
I know. Thank you. Tunggu I boleh?
Dan kau berlalu pergi meninggalkan aku sendiri bertempur sama hati dan perasaan. Langsung kedengaran runut bunyi lagu The Man Who Can’t be Moved by The Script.
Celaka apa perasaan ini?
p.s. Kerana kerja aku hanya menunggu bahagia tiba.
Aku tahu.
Aku mahu saja pergi menemani kau duduk dibangku tanpa berbuat apa-apa. Hanya sekadar peneman bila kau tiba-tiba mahu berbicara, supaya aku dengan senang hati dapat mengucapkan pepatah ini,
Perlahan-lahan
aku mendekati kau. Benakku ligat berputar mencari topik-topik menarik yang bisa
aku jadikan sebagai topik perbualan kita nanti agar rasa canggung dan awkward akan lesap terus dari diri aku. Ah
persetankan topik perbualan, aku hanya mahu berada disisi kau. Menemani kau
mendongak langit mengira bintang-bintang yang berkelip samar.
Hai you. Can I sit here?
Aku memang tidak boleh duduk dekat dengan kau. Memang tidak boleh! Segala urat, otot, denyutan nadi seakan bertukar menjadi gila serta-merta. Jantung dan nadi berlumba untuk sampai ke garisan penamat. Peluh-peluh kecil muncul di dahi dan berkumpul di ketiak. Perkara biasa. Nervous dan gugup bila berada bersama kau adalah perkara normal dan mungkin boleh digambarkan dengan satu situasi di mana kau berdiri dihadapan lautan manusia sambil memegang obor olimpik yang seakan-akan mahu mati ditiup angin; atau mungkin juga perasaan bila kau mahu melakukan terjunan bungee dan terjunan parachute pada ketinggian yang melampaui akal kau.
I suka you. I like you so much.
Pertama kali aku terkilas akan kau pada waktu semester yang baru sahaja bermula, aku tahu kau punya sesuatu yang istimewa. Tetapi aku cuba untuk tidak hiraukan perasaan aku pada masa itu kerana aku sendiri sedang dalam emosi yang tidak stabil. Terperangkap dan tergantung dalam komplikasi hubungan yang tidak pernah selesai. Aku selalu memerhati kau dari jauh dan tatkala aku terlihat kerenah kau, aku pasti tersenyum gila.
Ah this is just a mere crush. Nothing serious.
Selang beberapa tahun kemudian, I found myself falling deeper into the pit of affectionate love with you. Ini bukan sekadar crush. Crush tak akan mampu bertahan selama ini. Perasaan ini hidup dalam aku,semakin hari semakin subur, tidak mungkin pernah padam. Aku suka kau. Ini serious. Tapi aku masih tidak mampu menyeru kekuatan untuk melafazkan perkataan itu. Perkataan itu boleh jadi magis, juga boleh bawa sial pada masa yang sama.
Aku takut.
Perlahan-lahan aku duduk bersahaja di tepi kau. Kau senyum. Aku senyum kembali. Sepi seakan-akan sengaja mahu bergurau pada malam itu. Tiada sekelumit bunyi kedengaran kecuali bisikan angin yang singgah di dahan pokok serta laungan octave si penghisap darah yang berlegar di telinga. Pure annoyance.
You, I like you. Very much. No kidding.
Usai itu kau bingkas bangun dan mengucup aku di dahi. Tiada sebutir kata yang terpacul dari bibir kau. Adakah ini satu lagi komplikasi? Sialan, aku bikin malu diri sendiri lagi. Aku mahu faham yang kau belum boleh melupakan yang sebelum ini. Juga betapa sayangnya kau pada dia. Tapi aku juga tak mampu untuk melontar perasaan ini jauh ke dasar hati. Perasaan bukan boleh di pendam, nanti tak pasal-pasal aku meroyan seorang diri. Komplikasi sebegini memang jarang ada solusi. Jarang sekali.
I know. Thank you. Tunggu I boleh?
Dan kau berlalu pergi meninggalkan aku sendiri bertempur sama hati dan perasaan. Langsung kedengaran runut bunyi lagu The Man Who Can’t be Moved by The Script.
Celaka apa perasaan ini?
p.s. Kerana kerja aku hanya menunggu bahagia tiba.
Tuesday, August 7, 2012
The Lost Word I15I
Ke hadapan bintang jatuh,
Kau tinggi di langit,
Bersinar di malam gelap,
Ku rebah di bumi,
Tersungkur di palu angin,
Kita berdua berbeza,
Kita berdua sama,
Kau jauh di sana,
Bergembira,
Aku menanti di sini,
Tersenyum sendiri,
Aku pernah cuba untuk pergi,
Mengundur diri,
Tapi tidak sanggup diri ini,
Bersendiri lagi,
Biarkan aku bahagia,
Walaupun hanya sekadar mimpi,
Kita tak mungkin bersama,
Kita tak mungkin bersatu,
Tapi aku berpegang kepada satu,
Kemungkinan itu,
Akan ku tunggumu,
Kehadapan bintang jatuh,
Hanya satu pintaku,
Jatuhlah wahai bintang,
Jatuh ke ribaku,
Sinari malamku,
Realitikan mimpiku
p.s. Repost. Entiti berbeza tapi rasa yang sama. Yang tidak pernah mati. Rasa cinta.
Subscribe to:
Comments (Atom)